Login | Guestbook | Site map |  English Bahasa Malaysia | 1 active visitor
Maklumat Penting
Soalan Lazim
 
 
 
 
 
 
 




UTAMA

Score A adalah merupakan satu program pendidikan dan pembelajaran secara online berkonsepkan output learning yang dapat membantu pelajar mendapat pendidikan dan pelajaran (tuisyen) tambahan secara online. Program ini meliputi semua matapelajaran teras peperiksaan yang melibatkan para pelajar dari Darjah 1 hingga ke Tingkatan 3.

Program pembelajaran yang interaktif yang dijalankan secara online ini memberikan kebebasan kepada pelajar untuk belajar pada masa yang bersesuaian dengan keselesaan pelajar tersebut. Dengan kata lain, ia akan menjadikan proses pembelajaran tersebut lebih berkesan dan menyeronokan.

Score A Programme telah terbukti berkesan setelah menjalankan ujikaji selama lebih 5 tahun di 14 buah sekolah bistari di seluruh negara. Score A Programme juga telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai salah satu wadah di dalam meningkatkan taraf pendidikan pelajar-pelajar di Malaysia dan juga telah mendapat sokongan penuh daripada Persatuan PIBG Nasional.   
  

Secara ringkasnya Score A telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sepanjang tempoh tersebut juga, berbagai pembaikan tehadap sistem tersebut telah dijalankan.

Score A juga membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting , tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.

 


1. Sila Klik Icon Online Demo
2. Masukan Kata Laluan : 82828